Latar Belakang TFE


Tadika Fitrah Ehsan telah ditubuhkan pada 01 September 2000. Tadika ini dikenali sebagai Tadika Islam Aliran Inggeris (Islamic Kindergarten) Merupakan tadika yang mengamalkan sistem pendidikan yang terkini bagi kanak-kanak yang berumur 3 - 6 tahun. Tadika ini berkonsepkan penerapan nilai-nilai murni mengikut Islam berpandukan kurikulum prasekolah iaitu belajar sambil bermain yang bertujuan untuk melahirkan insan yang hebat, benar dan solehin. Sesungguhnya anak yang soleh melahirkan generasi yang cemerlang.

Untuk makluman tuan/puan, kami sentiasa :
  - menitikberatkan dari segi keagamaan, pembelajaran, tatasusila, pemakanan, dan keselamatan.
  - menyediakan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum (karate-do)
  - Pakej yang disediakan seperti berikut :-
          - Separuh Masa - tadika sahaja
          - Sepenuh Masa - tadika dan jagaan kanak-kanak
          - Kelas Cepat Membaca (express class)
 
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Iqra'
  • Jawi
          - Talent Maths (9 Beads Abacos)
          - Multimedia Program & Computer
          - Spoken English
          - Kelas Qiraati (Iqra'/ Al-Quran, Fardhu Ain, Sirah Nabi, Praktikal Solat, Jawi dan Bahasa Arab )
          - Transit
          - Karate - Do
 - menganjurkan aktiviti-aktiviti tahunan seperti berikut :-
          - Majlis Induksi
          - Majlis Doa Selamat
          - Pertandingan Mewarna
          - Sukaneka
          - Lawatan Sambil Belajar
          -Ujian Penilaian Pelajar
          - Program Smart English Kids
          - Kem Solat
          - Meraikan Hari Lahir / Guru / Kemerdekaan / Maulidurrasul.
          - Meraikan Hari Raya Aidilfitri
          - Majlis Graduasi
          - Lawatan ke bakal sekolah kebangsaan.
          - Hari Terbuka (Open day) 

MISI

Menjadikan Tadika Fitrah Ehsan tadika yang gemilang dan terunggul di daerah Kulim tahun 2012

VISI

Melahirkan insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang  pada agama, bangsa, dan negara.